About Me

header ads

RAWATAN ISLAM PERDANA SIRI 2






Dengan nama yang Maha Agung. Apabila berdoa dengan namaNya, maka Dia Maha Menerima. Apabila diminta dengan namaNya Dia Maha Pemberi lagi Maha Mengurniakan.

Sesungguhnya ramai dikalangan kita hari ini memandang suatu kemuliaan kepada mereka yang membaca (bertilawah) Al-Quran dan menghafaznya. Tetapi apa yang menakutkan dikalangan kita umat Islam hari ini adalah mereka yang meninggalkan kefahaman, tadabbur dan mengenal apa yang terkandung di dalam ayat-ayat daripada makna-maknanya yang boleh menjamin kepada suatu pemeliharaan.

Sebenarnya kelebihan Al-Quran dari sudut taujihat, tasyji'at (perangsang) dan tarbiyyah (didikan) yang bijaksana lagi mampu untuk memberikan kekuatan yang lebih tinggi di dalam kehidupan manusia sejagat. Ia boleh menyelamatkan daripada faktor-faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu rosak agamanya dan gugur akhlaknya, akal fikirannya, bathinnya dan materialistik. Ini semua kuasa Allah SWT dengan menganugerahkan Al-Quranul Karim melalui Nabi kita SAW. Ia juga merupakan mukjizat Nabi SAW yang terunggul sekali.

Ini suatu bukti kefahaman yang sahih lagi memberi pedoman melalui ayat-ayat Al-Quranul Karim yang boleh membawa petunjuk kepada jalan yang lurus.

Sebagaimana Firman Allah SWT:

ذَٲلِكَ ٱلۡڪِتَـٰبُ لَا رَيۡبَ‌ۛ فِيهِ‌ۛ هُدً۬ى لِّلۡمُتَّقِينَ


Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; (2)

[Al-Baqarah:2]

FirmanNya SWT lagi:

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ عَلَىٰ عَبۡدِهِ ٱلۡكِتَـٰبَ وَلَمۡ يَجۡعَل لَّهُ ۥ عِوَجَاۜ
قَيِّمً۬ا لِّيُنذِرَ بَأۡسً۬ا شَدِيدً۬ا مِّن لَّدُنۡهُ وَيُبَشِّرَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٱلَّذِينَ يَعۡمَلُونَ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ أَنَّ لَهُمۡ أَجۡرًا حَسَنً۬ا
مَّـٰكِثِينَ فِيهِ أَبَدً۬ا

Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong): (1) (Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik. (2) Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya. (3)


[Al-Kahfi:1-3]

Kita juga dapati di dalam setiap negara-negara Islam hari ini, lebih-lebih lagi di negara-negara Islam Timur Tengah atau semenanjung Tanah Arab yang kita melihat beribu-ribu daripada kitab-kitab kecil yang diterbiktkan lebih menumpukan kepada penghafazan Al-Quran atau lebih menumpukan kepada bacaan yang betul.

Namun amat malang kesungguhan itu tidak mampu untuk menghasilkan apa yang diharapkan. Dengan memastikan sumber Islam ini dapat dilaksanakan di dalam zaman yang semakin berkembang maju. Apakah yang mesti dilakukan?

Ini adalah disebabkan kurangnya sandaran kepada kefahaman, tadabbur, tarbiyyah, ta'lim (pengajaran) dan tazkiyyah (pembersihan hati) melalui Al-Quran yang mampu memberikan kesedaran kepada amalan praktikal yang zahir.

Apakah Al-Quran ini hanya semata-mata ibadat lafaznya sahaja?

Apakah Al-Quran ini hanya semata-mata jalan untuk mendapatkan keberkatan?

Apakah Al-Quran ini untuk bacaan kepada majlis kematian?

Di sini kita bukan menemplak mereka yang mengamalkan perkara ini. Malah tidak menafikan ia suatu amalan yang mulia. Kita juga tidak gemar dengan sesetengah pihak yang menemplak amalan mulia ini. Dengan mengatakan ini bid'ah dan sebagainya. Cuma apa yang disampaikan ini untuk memberi suatu kesedaran tentang pentingnya pengajaran Al-Quran ini.

Sebagaimana disebut di dalam satu hadith Nabi SAW: Dari Abi Hurairah RA- Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah satu kaum itu berhimpun di dalam satu rumah daripada rumah-rumah Allah, yang mana mereka itu sedang membaca Kitab Allah (Al-Quran) dan mereka saling belajar mempelajarinya di kalangan mereka, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan, Rahmat menyelubungi mereka, Para Malaikat mengelilingi mereka dan Allah mengingati mereka pada sesiapa yang di sisiNya.

RIWAYAT MUSLIM

Walhal kita sedari Al-Quran itu adalah kitab Samawiyah yang paling akhir diturunkan.Ia mempunyai kesahihan, keagungan dan kelebihan. Walhal juga Kalamullah itu adalah penjelasan, hidayah petunjuk, rahmat dan berita gembira.

Sebagaimana firman Allah SWT:

وَنَزَّلۡنَا عَلَيۡكَ ٱلۡكِتَـٰبَ تِبۡيَـٰنً۬ا لِّكُلِّ شَىۡءٍ۬ وَهُدً۬ى وَرَحۡمَةً۬ وَبُشۡرَىٰ لِلۡمُسۡلِمِينَ

Dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan, bagi orang-orang Islam. (89)

[An-Nahl:89]

Ditambah lagi Al-Quran itu sebagai ubat penawar. Sebagaimana firmanNya SWT:

وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلۡقُرۡءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ۬ وَرَحۡمَةٌ۬ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ‌ۙ وَلَا يَزِيدُ ٱلظَّـٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارً۬ا

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (82)

[Al-Israk:82]

Juga merupakan nasihat pengajaran sebagaimana firmanNya SWT:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ قَدۡ جَآءَتۡكُم مَّوۡعِظَةٌ۬ مِّن رَّبِّڪُمۡ وَشِفَآءٌ۬ لِّمَا فِى ٱلصُّدُورِ وَهُدً۬ى وَرَحۡمَةٌ۬ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. (57)

[Yunus:57]

Dan menjadi hujjah untuk menunjukkan jalan-jalan keselamatan dan kesejahteraan. Sebagaimana firmanNya SWT:

قَدۡ جَآءَڪُم مِّنَ ٱللَّهِ نُورٌ۬ وَڪِتَـٰبٌ۬ مُّبِينٌ۬
يَهۡدِى بِهِ ٱللَّهُ مَنِ ٱتَّبَعَ رِضۡوَٲنَهُ ۥ سُبُلَ ٱلسَّلَـٰمِ وَيُخۡرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ بِإِذۡنِهِۦ وَيَهۡدِيهِمۡ إِلَىٰ صِرَٲطٍ۬ مُّسۡتَقِيمٍ۬


Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. (15) Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus. (16)

[Al-Maidah:15-16]

Sehubungan dengan usaha dakwah menyebarkan kehebatan al-Quran sebagai mukjizat agung, kami dengan besar hati menganjurkan program RAWATAN ISLAM PERDANA SIRI 2 yang akan diadakan di MASJID JAMEK SULTAN ISMAIL, TANJUNG AGAS, MUAR JOHOR pada 3 APRIL 2011 (HARI AHAD). Program ini menampilkan gabungan perawat Islam dari seluruh tanah air dan juga penampilan istimewa perawat Islam dari negara jiran Singapura.

Antara rawatan yang disediakan ialah masalah berkenaan sihir, gangguan jin, saka, dan santau. Turut disediakan pengubatan sakit fizikal melalui bacaan doa dan bekam. Semua dijemput hadir dan para pesakit diminta membuat pendaftaran awal ditalian 017-7772730 (urusetia).

Catat Komen

0 Ulasan