About Me

header ads

KEM MOTIVASI ANAK SOLEH

Sempena cuti sekolah ini, Pihak Madrasah Ibnu Mas'ud telah menganjurkan satu Kem Motivasi Anak Soleh yang bertujuan membina rasa hidup bertuhan dalam diri remaja Islam masakini. Kem ini yang peringkat asalnya menetapkan syarat hanya menerima 20 pendaftaran terawal, terpaksa menerima 10 lagi penyertaan atas rayuan ibu bapa yang ingin membina jatidiri agama dalam diri anak-anak mereka. Antara motivator yang mengisi slot kem motivasi ini ialah: 1) Al-Fadil Ustaz Khairul Ikhwan, Pengerusi Yayasan Al-Akhyar 2) Imam Muda Ashraf (Juara Imam Muda 1) 3) Imam Muda Najdi 4) Bro Fairuz (Raudatusakinah Kuala Lumpur) 5) Bro Firdaus (Raudatusakinah Kuala Lumpur) Majlis penutup telah disempurnakan oleh Penaung Madrasah Ibnu Mas'ud, Al-Fadil Tuan Guru Mursyid Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri yang telah menyampaikan anugerah sijil penyertaan kepada para peserta. Pihak pengurusan Madrasah merakamkan terima kasih kepada Fasilitator 'Team Ibnu Mas'ud' yang terdiri daripada Abg Taufiq, Abg Nik, Abg Hasmin, Abg Acap, Abg Wan, Abg Iqbal, Akak Syeera, Akak Mariam, Akak Mastura, Akak Aisyah, Akak Nabila & Akak Amira yang telah membantu melancarkan perjalanan program motivasi ini. Semoga pengalaman ini akan dapat digunakan dalam kem-kem yang akan datang insyaAllah. Juga kepada semua ahli jawatankuasa pengurusan Madrasah yang menjaga keselamatan, menyediakan makanan yang enak dan kemudahan yang selesa kepada semua peserta. Semoga usaha yang tidak mengharapkan keuntungan duniawi ini akan diterima Allah sebagai amal soleh kita mendidik anak bangsa menjadi lebih baik. Insyaallah kita jumpa lagi di kem yang akan datang...terima kasih.

Catat Komen

0 Ulasan