Madrasah Ibnu Mas'ud (MIM) merupakan rangkaian madrasah yang mengelolakan pondok warga emas, pusat tahfiz dan pusat pengajian umum. Madrasah ini bergerak di bawah PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN DAKWAH IBNU MAS'UD yang merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (No. Pendaftaran:PPM-020-01-14062010).

Sehingga kini terdapat MIM cawangan Segamat, Johor, MIM cawangan Nilai, Negeri Sembilan dan insyaallah bakal didirikan MIM cawangan Tangkak, Johor dalam masa terdekat.

MIM juga berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan nombor pendaftaran JAKIM: JZH7003 dan Jabatan Agama Islam Johor dengan nombor pendaftaran JAINJ: MTS/SGT/003.