MADRASAH IBNU MAS'UD NILAI (MIM NILAI)


Madrasah Ibnu Mas'ud Nilai (MIM Nilai) merupakan sebuah pondok warga emas yang beroperasi di alamat Lot 3633, Kampung Sungai Mahang, 71800, Nilai Negeri Sembilan.

Cawangan kedua Madrasah Ibnu Mas'ud ini telah mula beroperasi pada bulan Oktober 2019. MIM Nilai membawa konsep pondok dalam suasana alam sekitar yang mendamaikan. Lokasinya di tepi aliran sungai dan di bawah kaki bukit diharapkan dapat membantu para penghuni mendalami ilmu agama dan beribadah dengan tenang.

Maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi MIM (Tn Hj Arasy 017-7772730) atau Mudir MIM Nilai (Ust Danang 011-10543219)