MIM Rembau bakal menjadi "Muslim Retirement Village" yang pertama dibangunkan di Malaysia untuk memenuhi keperluan ayah bonda. Bertitik-tolak daripada satu aspirasi untuk meraikan usia emas di mana ayah bonda dapat menjalani gaya hidup yang berkualiti dan anak cucu dapat menunaikan janji memberikan kebahagiaan kepada ayah bonda. Kami percaya usia emas adalah suatu kurniaan, justeru fasa yang berharga ini perlu dipenuhi tujuan dan matlamatnya. Buat masa ini, MIM Rembau masih dalam perancangan.
Ayah bonda pasti mengimpikan suasana yang damai berlatarbelakangkan alam semulajadi namun bertaraf dunia dengan konsep yang diinspirasikan melalui tema 'English countryside'. Lokasi yang sangat strategik hanya 1 jam 20 minit daripada ibukota Kuala Lumpur dan 10 minit daripada exit highway PLUS Pedas.
Kami menawarkan konsep pondok warga emas dengan pengurusan yang profesional dan fasiliti yang mesra warga emas. Ayah bonda masih ingat suasana seharian di tanah suci ketika umrah? Begitulah kami menyediakan pengisian seharian ayah bonda di MIM Rembau.
Ayah bonda tidak lagi perlu risau dengan isu keselamatan dan penyelenggaraan rumah. Ayah bonda boleh fokus kepada ibadah, kelas agama, berukhwah dengan rakan-rakan seusia. Yang pasti hubungan dengan anak cucu juga tidak terabai kerana lokasi yang dekat untuk diziarahi.