Penginapan Jangka Pendek

MIM PONDOKCATION

MIM Nilai & MIM Segamat

PERCUTIAN ROHANI

MIM Pondokcation merupakan program penginapan jangka pendek yang ditawarkan oleh MIM Nilai dan MIM Segamat, khusus untuk ibu ayah berusia 50 tahun ke atas yang ingin merasai pengalaman kehidupan berpondok, mendalami ilmu agama, mempertingkatkan amal ibadah dan menikmati kebersamaan teman seusia dalam suasana yang mendamaikan.

Konsep Pondokcation menggabungkan pengalaman percutian dengan pengisian kerohanian, sekali gus memberi peluang kepada ibu ayah untuk berehat, menyuburkan jiwa dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Pondok MIM yang menjadi penginapan peserta Pondokcation

Sebelum Mendaftar

SYARAT PENYERTAAN

  1. Berusia 50 tahun dan ke atas.
  2. Mempunyai tahap kesihatan yang membolehkan pengurusan diri secara berdikari.
  3. Komited mengikuti rutin harian, pengajian dan aktiviti kerohanian di MIM.
  4. Menyertai program atas kerelaan sendiri tanpa sebarang paksaan.
  5. Terbuka kepada wanita yang hadir secara individu atau berdua serta pasangan suami isteri.
  6. Mendapat keizinan dan sokongan daripada waris atau ahli keluarga.
  7. Bersedia mematuhi peraturan dan tatacara kehidupan di MIM.

Tempoh dan Yuran Penginapan

BANDINGKAN PAKEJ

Kedua-dua pakej menawarkan kemudahan penginapan dan pengisian yang sama. Pilih tempoh yang sesuai dengan anda.

Perkampungan Persaraan MIM

Pakej No. 01

Pondokcation 1 Malam

Sesuai untuk cubaan pertama

  • Tempoh2 hari 1 malam
  • LokasiMIM Nilai / MIM Segamat
  • Kelayakan50 tahun ke atas

Termasuk

  • Bilik tidur: katil queen, cadar, bantal, selimut & tuala
  • Bilik air dengan pemanas air & sabun mandi
  • Ruang tamu & ruang makan
  • Dapur gas, peralatan memasak & peti sejuk
  • Mesin basuh guna sama
  • Rutin harian & pengajian bersama penghuni MIM
  • Kelas Tahsin & Kelas Talqin al-Quran
JumlahRM100

Perkampungan Persaraan MIM

Pakej No. 02

Pondokcation 5 Malam

Rutin penuh seminggu

  • Tempoh6 hari 5 malam
  • HariAhad – Jumaat
  • LokasiMIM Nilai / MIM Segamat
  • Kelayakan50 tahun ke atas

Termasuk

  • Bilik tidur: katil queen, cadar, bantal, selimut & tuala
  • Bilik air dengan pemanas air & sabun mandi
  • Ruang tamu & ruang makan
  • Dapur gas, peralatan memasak & peti sejuk
  • Mesin basuh guna sama
  • Rutin harian & pengajian bersama penghuni MIM
  • Kelas Tahsin & Kelas Talqin al-Quran
JumlahRM450

Bersamaan RM90 semalam.

Disediakan Untuk Anda

KEMUDAHAN PENGINAPAN

Bilik Tidur

  • Katil bersaiz queen
  • Cadar, bantal dan selimut
  • Tuala mandi

Bilik Air

  • Pemanas air
  • Sabun mandi

Ruang Tamu dan Ruang Makan

  • Sofa
  • Meja makan dan kerusi

Ruang Dapur

  • Dapur gas
  • Periuk, kuali dan peralatan memasak
  • Pinggan, gelas dan peralatan makan
  • Span dan sabun pencuci pinggan
  • Peti sejuk

Kemudahan Dobi

  • Mesin basuh secara guna sama
Peserta mengikuti majlis ilmu di MIM

Rutin Harian Bersama Penghuni MIM Long Stay

AKTIVITI DAN RUTIN HARIAN

Sepanjang penginapan, peserta berpeluang mengikuti rutin kehidupan berpondok bersama komuniti MIM melalui pengajian agama yang santai dan berstruktur serta pengisian kerohanian secara berjemaah.

Keistimewaan Pengajian al-Quran di MIM

Kelas Tahsin — Pembelajaran secara individu dengan bimbingan guru bagi memperbetulkan dan memperbaik mutu bacaan al-Quran mengikut kemampuan setiap peserta.

Kelas Talqin — Pembelajaran secara berkumpulan melalui kaedah guru memperdengarkan bacaan yang kemudiannya diikuti oleh para peserta, disertai penerangan mengenai makhraj, sifat huruf dan hukum tajwid.

Kenapa Pilih Kami

MENGAPA MIM PONDOKCATION?

  • Merehatkan minda dan menyuburkan jiwa melalui pengisian kerohanian.
  • Menimba ilmu agama dalam suasana santai dan mesra warga emas.
  • Membina persahabatan baharu bersama teman seusia.
  • Merasai sendiri pengalaman kehidupan berkomuniti di pondok warga emas.
  • Mengenali gaya hidup di MIM sebelum mempertimbangkan penginapan jangka panjang melalui MIM Long Stay.