Meniti Persaraan Bermakna

Pondokcation memberi peluang kepada ibu ayah untuk menikmati pengalaman duduk pondok bagi tempoh jangka masa pendek. Ibu ayah akan menginap seperti menginap di hotel atau homestay minima tempoh satu malam dengan tujuan untuk mengikuti program di MIM.

Image
Image

Pengisian Jiwa

Program kerohanian sepanjang Pondokcation dirangka bagi menghidupkan suasana tenang dan penuh pengisian rohani, sesuai dengan konsep pondok yang mendidik hati serta jiwa. Ibu ayah berpeluang menunaikan solat berjemaah, qiamullail, zikir pagi petang, rukyah, bacaan surah pilihan. Pengajian ilmu agama disajikan berasaskan silibus MIM memberikan sentuhan ilmiah yang mudah difahami serta relevan dengan amalan seharian ibu ayah.

Tahsin Al-Quran

Tahsin al-Quran semasa Pondokcation membuka peluang kepada ibu ayah untuk memperbaiki bacaan al-Quran dengan bimbingan tenaga pengajar berpengalaman dalam suasana yang santai dan mesra. Melalui pendekatan talaqqi dan musyafahah, peserta dapat membetulkan makhraj huruf, tajwid, serta memperhalusi sebutan yang sering terlepas pandang dalam bacaan harian. Sesi ini bukan sahaja membantu meningkatkan keyakinan ketika membaca al-Quran, tetapi juga menanam rasa cinta dan semangat untuk terus istiqamah mendalami Kalamullah.

Kemesraan Rakan Seusia

Pondokcation turut memberi ruang kepada ibu ayah untuk bersosial bersama rakan seusia dalam suasana beragama yang harmoni dan penuh hikmah. Melalui pelbagai aktiviti, ibu ayah dapat berkongsi pengalaman hidup, saling memberi nasihat dan sokongan, serta membina ukhuwah berasaskan nilai iman dan kasih sayang. Suasana ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim, malah mewujudkan perasaan diterima dan dihargai dalam komuniti yang berkongsi minat dan pegangan hidup yang sama.

Loading...