Bersama Merealisasikan Pembangunan MIM Seremban

MIM WAKAF PONDOK

Perkampungan Persaraan MIM Seremban

JOM BANGUNKAN BERSAMA

Seiring dengan permintaan yang semakin meningkat, MIM Segamat kini hampir mencapai kapasiti penuh, manakala MIM Nilai telah mencapai kapasiti penuh dengan senarai menunggu yang panjang.

Bagi memenuhi permintaan tersebut, MIM bakal membangunkan MIM Seremban di atas tanah seluas 10 ekar milik Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang disewa oleh MIM, bersebelahan Kompleks Dakwah Islam Paroi.

Pembangunan ini mengetengahkan konsep perkampungan persaraan yang mengharmonikan tradisi pondok warga emas dengan gaya hidup moden dalam suasana seni bina English Cottage yang mendamaikan.

MIM menjemput ibu ayah, individu, badan korporat, institusi dan seluruh lapisan masyarakat untuk bersama-sama berwakaf bagi merealisasikan pembangunan MIM Seremban, sekali gus menyumbang kepada kesejahteraan generasi warga emas sebagai amal jariah yang berpanjangan.

Gambaran seni bina English Cottage MIM Seremban

Nilai Wakaf

WAKAF SATU UNIT PONDOK

Perkampungan Persaraan MIM

Pakej No. 01

Wakaf 1 Unit Pondok

MIM Seremban, Paroi

  • Tapak10 ekar, tanah MAINS
  • LokasiBersebelahan Kompleks Dakwah Islam Paroi
  • BayaranBerperingkat (progress payment)

Termasuk

  • Pembinaan satu unit pondok
  • Sebahagian kos fasiliti guna sama seperti surau dan kemudahan komuniti
  • Keutamaan untuk menempati MIM Seremban apabila siap (tertakluk syarat kemasukan dan terma penghunian)
  • Amal jariah yang berpanjangan
Anggaran nilai wakafRM100,000

Pembayaran dibuat secara berperingkat mengikut kemajuan kerja pembangunan oleh pihak kontraktor.

Kaedah Pembayaran

Pembayaran wakaf dilaksanakan secara berperingkat mengikut kemajuan kerja pembangunan (progress payment) oleh pihak kontraktor berdasarkan peringkat pembinaan yang ditetapkan.

Kaedah ini membolehkan pewakaf membuat pembayaran secara berperingkat sepanjang tempoh pembangunan.

Keistimewaan Pewakaf

Ibu ayah yang menyertai inisiatif wakaf ini akan diberikan keutamaan untuk menempati MIM Seremban apabila pembangunan siap kelak, tertakluk pada syarat kemasukan dan terma penghunian yang ditetapkan.

Perancangan Projek

GARIS MASA PELAKSANAAN

  1. Disember 2026

    Perjanjian Majlis Agama Islam Negeri Sembilan & Kebenaran Merancang Majlis Bandaraya Seremban (MBS)

  2. Jun 2027

    Mula Pembangunan Fasa 1
    (Tertakluk kelulusan Kebenaran Merancang MBS)

  3. Jun 2028

    Kemasukan Pondok Fasa 1
    (CCC)

Lokasi

BERSEBELAHAN KOMPLEKS DAKWAH ISLAM PAROI

Lokasi di atas tanah milik 10 ekar milik MAINS bersebelahan Kompleks Dakwah Islam Paroi, Negeri Sembilan.

BUKA DI GOOGLE MAPS

Reka Bentuk

CADANGAN PELAN LANTAI

Cadangan pelan lantai setiap cottage MIM Seremban

TEMPAH COTTAGE ANDA SEKARANG